PT3

Pentaksiran Tingkatan Tiga, atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

No products were found matching your selection.